Pemakaian anak tudung yang senang dibentuk, boleh menutup kekurangan
bentuk muka bulat dan bersegi. Anak tudung yang bersegi ini mempunyai
'awning' yang sentiasa menjadi pilihan. Anak tudung manik juga sesuai
dipakai bagi yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur.
Fesyen
Gipsi menjadi trend bagi pengantin perempuan kini.
Fesyen tudung ini juga sudah semestinya menitikberatkan gaya yang sopan
dan anggun. Konsep ini boleh menggunakan sehelai selendang dan anak
tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai
'awning' dan cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan
leher.
Seterusnya, pengantin juga boleh menggunakan
selendang panjang dan
letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek
di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung
selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di
bahagian belakang kepala agar lebih anggun.
Konsep moden kontemporari juga sentiasa menjadi pilihan bagi pasangan
mempelai. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula
ialah dengan menggunakan
kain net. Lilitkan kain tersebut di kepala dan
ambil pula lapisan kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon dan
bentukkan separuh bulat. Letak aksesori yang sesuai seperti kerongsang
agar seri pengantin bertambah cantik dan menyerlah.