Recent Posts

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Yuna dalam filem Hollywood - The Croods



Penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, bakal bakal menyanyikan lagu tema untuk filem animasi Hollywood terbaru berjudul "The Croods" yang bakal ditayangkan pada 21 Mac ini.

"The Croods" membabitkan penyumbang suara aktor terkenal Hollywood seperti Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds. Filem itu turut diarahkan oleh Chris Sanders yang pernah menghasilkan filem animasi "The Lion King", "Mulan", "Lilo & Stitch", "Beauty and the Beast" dan "Aladdin".

Filem The Croods ini mengisahkan tentang kehidupan dan pengembaraan keluarga Grug (Cage) pada zaman pra-sejarah selepas berlakunya gempa bumi yang terpaksa berpindah mencari lokasi baru.


Owl City feat. Yuna - Shine Your Way

Tuesday, February 19, 2013

Senarai Top 5 Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25)


Dari senarai 70 buah filem yang dipertandingkan, sebanyak 28 filem tercalon dalam FFM25 untuk merebut 23 anugerah utama dan 12 anugerah cipta. Filem manakah yang bakal dinobatkan Filem Terbaik? 
Berikut senarai penuh pencalonan akhir FFM25:


Anugerah Perdana:


Filem Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5. 29 Februari

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)'

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore
5. Misteri Jalan Lama


Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazama Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Kum Kum)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster

Poster Terbaik
1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air
 
 
 

Saturday, January 26, 2013

Filem Tempatan Yang Bakal Ditayangkan 2013

Wawa Semput Selepas kejayaan filem "Adnan Sempit" dan "Adnan Sempit 2", kini sebuah spin-off pula dihasilkan dan berkisar kepada konflik cinta antara watak Bobby dan Wawa. Dalam filem aksi komedi ini, Bobby dan Wawa terpaksa berdepan dengan cabaran terbesar hubungan mereka, apabila Bobby mendakwa Wawa curang padanya. Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak kembali memegang watak mereka dalam filem arahan Ismail Bob Hasim yang bakal ditayangkan 31 Januari ini. 

Gila-Gila Remaja 2
Selepas "Azura" dan "Adik Manja", kini giliran "Gila-Gila Remaja" pula menemui penonton kembali di pawagam, kali ini dengan sekuelnya, yang menampilkan para pelakon baru Hairul Azreen dan Faralyna Idris, selain Fizz Fairuz dan turut menampilkan bintang asal filem hangat 1985 ini, Faizal Hussein. Pengarah Seni filem asalnya, V. Nagaraj menduduki kerusi pengarah untuk filem ini, yang dijadualkan untuk tayangan bulan Mac tahun ini. 

ADAPTASI DRAMA 

Juvana
Selepas kejayaan siri drama "Juvana" yang menaikkan nama Zahiril Adzim, filemnya pula menampilkan watak utamanya Daim yang cuba menjalani kehidupan normal selepas keluar dari pusat juvana tetapi sukar membiasakan dirinya apatah lagi dengan statusnya sebagai bekas tahanan juvana. Zahiril Adzim kembali ke layar perak melalui watak utama, selain Johan Asari, Syazwan Zulkifli dan Sharnaaz Ahmad. "Juvana" bakal ditayangkan pada 24 Januari ini. 

Awan Dania The Movie
Sementara itu, selepas tiga musim dan beberapa syarikat penerbangan berbeza, "Awan Dania" kembali dalam bentuk filem pula. Kali ini, Dania dan Tania terpilih menyertai pencarian krew kabin terbaik. Tania yang pernah menggondol anugerah tersebut mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Filem yang bakal ditayangkan Mac ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan menampilkan Scha Al-Yahya sebagai si pramugari tomboi, Dania. 

MAMAT KHALID KEMBALI! 

Rock Oo! Rimba Bara Kembali
Menyepi selepas kejayaan "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Mamat Khalid kembali dengan dua buah filem tahun ini. Sekuel filem "Rock" (2005) ini mengisahkan ahli kumpulan Rimba Bara enam tahun selepas mereka berpecah. Mereka bersatu kembali kerana Amy Mat Piah (Que Haidar) dengan hasrat untuk menjadi kumpulan rock paling terkenal di Malaysia sekalipun sukar. Bakal ditayangkan 28 Februari nanti, filem ini dibintangi pelakon asal, termasuk Que Haidar, Khir Rahman dan Sofi Jikan. 

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
Selain "Rock Oo!", Mamat Khalid kembali dengan sekuel kepada "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (2010). Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah", Husin yang muflis akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang dan berjumpa semula dengan geng lamanya, termasuk Mon, wanita pertama yang dicintainya. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh apabila lelaki-lelaki terunanya menghilangkan diri. Awie kembali sebagai Usin, Shy8 sebagai Usop Wilcha, Ezlynn sebagai Mon dan hampir kesemua penduduk Kampung Pisang kembali sebagai watak mereka masing-masing. Saksikan "Hantu Kak Limah 2" di pawagam Februari ini. 


FILEM SERAM/NGERI

Kerat 14
"Kerat 14" merupakan filem aksi misteri yang bermula dengan kisah cinta antara Haziq dan Nuzara. Apabila seorang pemuda bernama Aril tertarik dengan kecantikan Nuzara, satu tragedi berlaku dan kini ASP Razman harus menyiasat kes tersebut. Filem arahan Arjin Uppal ini menggandingkan Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Gous dan bakal ditayangkan Februari ini. 

KOMEDI

Gangster Celop
Ahmad Idham yang setia dengan filem-filem komedinya kembali dengan filem "Gangster Celop", mengisahkan bekas gangster Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang bertekad untuk mengubah hidup mereka selepas dibebaskan dari hukuman penjara lima tahun. Tugas pertama mereka? Melindungi Suzana (lakonan Hanis Zalikha), anak kepada Mat Jambu, ketua gangster yang pernah berjanji untuk melindungi mereka. "Gangster Celop" bakal ditayangkan Februari ini. 

YANG DRAMATIK DAN ROMANTIK

Cerita Kita
Sebuah lagi filem lakonan Yana Samsudin, "Cerita Kita" merupakan naskhah drama tentang cinta antara Kamal (Pekin Ibrahim) yang dulunya pencuci kereta, kini berubah atas nasihat Ika (Yana Samsudin), gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika. Namun semuanya berubah dengan kehadiran seorang lelaki lain (lakonan Fezrul Khan). Filem produksi MIG ini bakal ditayangkan pada bulan Mac. 

Pada Suatu Cinta Dahulu
Pengarah "Budak Pailang", Hashim Rejab kembali dengan sebuah filem cinta mengenai Zainal yang tertekan dengan alam perkahwinannya dan cuba mengingat semula memori cinta zaman silamnya. Filem ini dibintangi pelakon-pelakon baru seperti Wawa Zainal, Muhamad Niezam Mohd Zaidi dan Zalif Sidek selain bintang kesayangan MIG, Intan Ladyana. Filem ini bakal ditayangkan Februari ini. SUMBER



Thursday, January 24, 2013

Sinoopsis Filem Dua (2) Kalimah : Nora Danish dan Shaheizy Sam

Assalammualaikum,

 Filem Dua (2) Kalimah lakonan Nora Danish dan Shaheizy Sam bakal ditayangkan 

 Sinopsis Dua (2) Kalimah

2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Nora Danish bertudung 2 Kalimah


Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?



Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.


Facebook Dua (2) Kalimah: http://www.facebook.com/2kalimahOfficial

Wednesday, January 23, 2013

Filem Hollywood Terhangat 2013 Bakal Ditayangkan

FEBRUARI
Februari menyaksikan filem-filem dijangka hit daripada pelbagai genre berentap, dengan Bruce Willis kembali sebagai John McClane dalam filem aksi "A Good Day To Die Hard", Stephen Chow kembali dengan filem komedi/pengembaraan arahan terbarunya, "Journey o the West" selepas filem terakhirnya, "CJ7" (2008), kisah fantasi "Jack The Giant Slayer" lakonan Ewan McGregor pula diolah semula oleh pengarah "X-Men", Bryan Singer.
Selain itu, karya epik fiksyen sains adaptasi novel David Mitchell, "Cloud Atlas" pula bakal dipersembahkan dalam bentuk filem dan dibarisi pelakon-pelakon hebat termasuk Tom Hanks, Jim Sturgess, Halle Berry dan aktres Korea, Bae Doo-na. 

MAC
Selepas "Inglourious Basterd", Quentin Tarantino kembali dengan filem terbarunya, "Django Unchained" yang berkonsepkan kebaratan, menampilkan Jamie Foxx sebagai koboi berkulit hitam bernama Django. Filem ini turut dibintangi Leonardo DiCaprio, Christopher Waltz, Samuel L. Jackson dan Kerry Washington.
Selain "Django Unchained", sebuah lagi filem francais G.I Joe, "G.I Joe: Retaliation" bakal menemui penonton, dan Jon Chu ("Step Up 3D") kembali menduduki kerusi pengarah. Begitu juga Lee Byung-hun yang akan kembali, sekalipun wataknya, Storm Shadow sudah pun mati dalam filem "Rise Of The Cobra"! 

APRIL
Para peminat francais "Twilight" dan novelis Stephenie Meyer pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton 'kisah cinta makhluk asing' karya Meyer dalam bentuk filem melalui "The Host". Jika tidak, mungkin fokus itu boleh dialihkan kepada filem komedi romantik bertemakan 'cinta zombie', "Warm Bodies" lakonan Nicholas Hoult ("X-Men: First Class") dan John Malkovich.
Para peminat filem kult klasik Sam Raimi, "The Evil Dead" juga boleh meluangkan masa untuk filem buatan semulanya yang bakal ditayangkan 18 April ini. Jika tidak, "Iron Man 3" ada untuk menghiburkan anda semua, kini dengan antagonis baru, The Mandarin lakonan Ben Kingsley. Bagaimana watak The Mandarin dilakonkan oleh seorang lelaki India-British, kami juga tidak pasti. 

MEI
Jika anda tidak mahu menonton "The Hangover 3" atau "Fast and Furious 6", bulan Mei menawarkan "Star Trek: Into The Darkness" lakonan Chris Pine, Zachary Pinto dan bintang "Sherlock", Benedict Cumberbatch.
Selain itu, Leonardo DiCaprio, raja filem-filem kostum lama, kembali dengan sebuah lagi filem adaptasi F. Scott Fitzgerald, "The Great Gatsby" yang turut dilakonkan Tobey Maguire dan Carey Mulligan. 

JUN
Jun menyaksikan kembalinya 'raksasa' kesayangan ramai, Mike dan Sulley ketika belajar di universiti. Filem prekuel "Monsters Inc." ini turut dibintangi pelakon suara dari filem animasi asal, termasuk Billy Crystal, John Goodman dan Jennifer Tilly.
Sementara itu, satu lagi percubaan untuk membawa Superman kembali, "Man Of Steel" bakal ditayangkan pada bulan yang sama. Kali ini Henry Cavill akan melakonkan watak Clark Kent/Kal-El dan Amy Adams akan memegang peranan sebagai Lois Lane.
Sementara itu, Brad Pitt pula kembali dengan filem adaptasi novel Max Brooks, "World War Z", mengenai seorang wakil PBB yang mengembara di serata dunia mencari mereka yang terselamat daripada apokalips zombie. 

JULAI
Tidak bosan dengan watak yand menaikkan namanya, Hugh Jackman kembali ke layar perak sebagai Logan/Wolverine dan kini watak X-Men kesayangan ramai itu dibawa ke zaman moden Jepun. Filem ini turut dibintangi bintang Jepun Hiroyuki Sanada ("The Last Samurai") dan Tao Okamoto.
Sementara itu, tidak bosan dengan watak yang memerlukan solekan, Johnny Depp bakal bergandingan dengan bintang "The Social Network", Armie Hammer dalam penghasilan semula "The Lone Ranger" sebagai 'sidekick' John Reid, Tonto. Jika anda tidak meminati semua itu, Dr Gru dan para pengikutnya yang comel bakal kembali dalam animasi "Despicable Me 2".



 

OGOS
Ogos menyaksikan kembalinya filem-filem sekuel. Dalam "300", Zack Snyder mengolah semula kisah Pertempuran Thermopylae. Kini dalam sekuel filem tersebut, Pertempuran Artemisia pula dijadikan subjek utama, di mana kumpulan sekutu negara kota Greece menentang Empayar Parsi.
Sementara itu, anda sangka filem ini tidak akan melihat sambungannya. Tetapi tiga tahun selepas "Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief" ditayangkan, pemuda separa dewa ini kembali dalam "Percy Jackson: Sea Of Monsters", di mana anak kepada dewa Poseidon ini perlu menyelamatkan rakannya Grover daripada kumpulan cyclop, Polyphemus dan juga Kem Half-Blood daripada serangan Titan dengan membawa pulang bulu biri-biri emas. 

SEPTEMBER
Jika anda bukan seseorang yang menyukai makhluk biru yang mempunyai lagu tema yang agak mudah dihafal ("The Smurf 2"), anda boleh meluangkan September anda menonton sebuah lagi filem Riddick lakonan Vin Diesel. Dalam "The Chronicles Of Riddick: Dead Man Stalking", Riddick menentang serangan makhluk asing pemburu dan membalas dendam demi menyelamatkan planet Furya dari kemusnahan. 

OKTOBER
Bintang Aussie berbadan sasa, Chris Hemsworth kembali dalam sekuel "Thor" dan pertempuran antara Thor dan Loki, saudaranya yang jahat. 

NOVEMBER
Sementara Chris sibuk dengan "Thor", adiknya Liam Hemsworth pula bakal kembali sebagai Gale dalam "The Hunger Games:Catching Fire" disamping dua teraju utamanaya, Jennifer Lawrence dan Josh Hutcherson. Dalam filem kedua trilogi THG ini, Katniss harus kembali ke gelanggang Hunger Games sementara cuba memahami perasaannya dan hakikat sebenar di sebalik perlawanan kalah mati tersebut.

DISEMBER
Selepas "The Wolverine", bintang Jepun Hiroyuki Sanada kembali dengan sebuah lagi filem bertemakan samurai, "47 Ronin" sebagai samurai tidak bertuan dalam filem tentang seorang lelaki campuran bernama Kai (lakonan Keanu Reeves) yang jatuh cinta pada seorang puteri (lakonan Shibasaki Kou).
Sementara itu, bahagian kedua filem adaptasi "The Hobbit" arahan Peter Jackson kembali dan memfokus pada naga, Smaug yang mengawal harta di Erebor yang menjadi buruan Bilbo Baggins dan rakan pemburuannya.


Pirates of The Caribbean 5 Disahkan Tayangannya

Pirates of The Caribbean 5

Pirates of The Caribbean 5 bakal ditayangkan di pawagam apabila pengambaran filem ke 5 tersebut sedang dalam proses pembikinan. Walts Disney bagaimanapun belum mendedahkan jalan cerita sekuel Pirates of the Caribbean 5 pada media. Filem ini bakal ditayangkan pada 2015.

Sementara itu, aktor Johnny Depp disahkan berpisah dengan kekasihnya. Namun dia cuba memujuk kembali kekasihnya dengan membeli dan menamakan pulau tersebut sempena nama kekasihnya. Perhh

Tuesday, January 22, 2013

Sequel Transformers 4 Disahkan Tayangannya

Transformers 4



Sekuel Transformers bakal dilanjutkan ke Transformers 4 yang dijangka akan menemui semua peminat siri Transformers pada 27 June 2014. Pengarah Michael Bay mengesahkan, jalan cerita Transfrmers kali ini lebih kepada sambungansekuel Tranformers : Dark Moon.

Namun hero utamanya sebelum ini, Shia LaBeouf tidak akan menjadi sebahagian dariTransformers. 

Filem ini berlaku betul-betul 4 tahun selepas perang di Chicago. Cerita ini membuat peralihan yang sangat semula jadi, dan sebab mengapa kita mempunyai cast baru keseluruhan. Ini 'Transformers' akan merasa sangat berbeza daripada tiga terakhir. Kami memulakan trilogi baru.

Ringkasan Sinopsis Cerita

Filem ini akan terus empat tahun dari serangan ke atas Chicago, seperti yang dilihat dalam "Transformers: Dark Moon". Filem ini berlaku betul-betul 4 tahun selepas perang di Chicago. Cerita ini membuat peralihan yang sangat semula jadi, dan sebab mengapa kita mempunyai cast baru keseluruhan. Ini 'Transformers' akan merasa sangat berbeza daripada tiga terakhir. Kami memulakan trilogi baru.