Recent Posts
Sunday, February 10, 2013
Fesyen Tudung Pengantin 2013
Pemakaian anak tudung yang senang dibentuk, boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Anak tudung yang bersegi ini mempunyai 'awning' yang sentiasa menjadi pilihan. Anak tudung manik juga sesuai dipakai bagi yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Fesyen Gipsi menjadi trend bagi pengantin perempuan kini.
Fesyen tudung ini juga sudah semestinya menitikberatkan gaya yang sopan dan anggun. Konsep ini boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai 'awning' dan cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher.
Seterusnya, pengantin juga boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.
Konsep moden kontemporari juga sentiasa menjadi pilihan bagi pasangan mempelai. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula ialah dengan menggunakan kain net. Lilitkan kain tersebut di kepala dan ambil pula lapisan kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon dan bentukkan separuh bulat. Letak aksesori yang sesuai seperti kerongsang agar seri pengantin bertambah cantik dan menyerlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment