Recent Posts

Sunday, January 27, 2013

Gaya Turban Terkini 2013


fesyen, hot, fesyen turban, tudung, yuna


Pemakaian turban dikatakan bermula sejak beribu tahun dahulu. Pada mulanya, turban digunakan di negara-negara Asia dan Timur Tengah, terutamanya di India, Afghanistan, Afrika Utara, Kenya, Jamaica dan Pakistan. Turban yang dipakai di India dan Pakistan dikenali sebagai pangri, manakala nama lain seperti phakeolis digunakan oleh tentera Byzantine.

Gaya atau fesyen ini telah dipopularkan oleh artis wanita kita iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna. Fesyen yang pada mulanya mendapat kritikan daripada sesetengah pihak lama-kelamaan telah menjadi ikutan ramai.

Antara artis lain yang gemar mengayakan fesyen turban ini ialah Natasha Hudson, Ramlah Ram dan Noryn Aziz.

No comments: