Recent Posts

Monday, July 1, 2013

Perbezaan Kosmetik Krim BB, CC dan DD

Hello....

Ada perbezaan anatara kosmetik krim BB, CC dan DD. Kalau krim BB korang biasa dengar kan? Bagaimana dengan krim CC dan DD? Bukan Diana Danielle oke. Ketiga-tiga krim ini merupakan pelembab untuk kulit wajah anda. Kita kena pastikan antara ketiga-tiga krim ini yang manakah palaing sesuai untuk wajah anda.

Perbezaan Kosmetik Krim BB, CC dan DD :
Krim BB
Krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.

No comments: