Recent Posts

Wednesday, February 27, 2013

Backstreet Boys (BSB) datang Malaysia 23 Mac 2013



Kumpulan Backstreet Boys yang teramat popular pada zaman 90-an dulu bakal datang ke Malaysia pada 23 Mac 2013!

Juga turut dijemput kumpulan IU yang berasal dari Korea, kedua-dua kumpulan pop tersebut bakal menggantikan tempat Rainbow dan Girls Day yang tidak dapat menghadiri konsert Twin Towers@Live 2013 bagi persembahan pada 23 Mac nanti.

Bertempat di Menara Berkembar Petronas pada 22 hingga 23 Mac, pentas konsert akan turut dihangatkan dengan kedatangan artis antarabangsa seperti Demi Lovato dan U-Kiss yang akan memberikan persembahan mereka pada hari pertama konsert, iaitu pada 22 Mac.

Lebih menyeronokkan lagi, konsert percuma ini akan turut memperlihatkan para artis tempatan seperti Mizz Nina, Atilia, K-Town Clan, Caprice, DJ Face dan DJ Tatsuro.

Untuk maklumat lanjut layari : www.facebook.com/TwinTowersAlive 
sumber

No comments: