Recent Posts

Wednesday, February 20, 2013

Ais dapat mengecilkan pori-pori dimuka

tip kecantikan, ais dapat kecilkan pori-pori


Ais merupakan salah satu cara berkesan untuk membuatkan pori-pori mengecut buat sementara waktu.

Apa yang anda boleh lakukan adalah selepas menggunakan pembersih muka, letakkan kiub ais di wajah, terutama sekali di bahagian yang terdapat pori-pori besar sebelum menggunakan toner dan krim pelembap. Sapukan ais tersebut di seluruh wajah sekurang-kurangnya selama satu minit sehingga ais mula cair. Pastikan krim pelembap digunakan selepas itu demi mengelakkan kulit kering.

Sapuan ais bukan sahaja menyejukkan muka dan mengurangkan radang kulit, malah kesejukannya juga mampu mengurangkan bengkak serta penghasilan minyak berlebihan. Jika selalu diamalkan, penggunaan ais di wajah boleh menghindarkan pertumbuhan jerawat.

No comments: