Recent Posts

Friday, January 25, 2013

Raja Azmi Bakal Tamatkan Zaman Solo

Penerbit sensasi, Raja Azmi, bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi apabila dia bakal berkahwin dengan seorang gitaris berusia 27 tahun yang bernama Hafiz Zain.

"Saya bersedia untuk berkahwin pada bila-bila masa saja, malah hari esok pun boleh. Kalau boleh, Hafiz pun inginkan yang sama, tetapi buat masa ini dia mahu kumpul duit dahulu. Dia nak kahwin menggunakan duit sendiri, bukan duit saya," ujar Raja Azmi kepada Harian Metro.

Walaupun baru sebulan berkenalan, penerbit berusia 53 tahun itu tidak merasakan perkenalan singkat mereka perlu dipertikaikan kerana menurutnya, tempoh perkenalannya dengan bekas suami, Jalani Sidek, hanya mengambil masa tiga bulan sahaja sebelum mereka berkahwin. Malangnya, perkahwinan mereka bertahan selaman 28 tahun.



Menurut Raja Azmi, perkenalan mereka bermula semenjak bulan lepas ketika Hafiz membuat persembahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana mereka bertukar nombor telefon selepas itu.

Dalam pada itu, penerbit filem "....Dalam Botol" memberitahu bahawa anak-anak dan menantunya menerima dan merestui hubungannya dengan Hafiz.


SUMBER

No comments: